ChairmanPic
Pengerusi Kumpulan DCHL
Mr. Kim Huynh dan isterinya, Ms. Mary Lim
global

Rakan niaga yang dihormati

Selamat datang ke DCHL! Hanya selangkah jauh sahaja untuk anda memulakan kerjaya baru yang menarik dengan Syarikat Pemasaran Rangkaian yang berprestij dan bereputasi baik.

Pada abad kini, kebanyakan orang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. DCHL mendukung visi untuk menubuhkan Global Aromatherapy Kingdom (Dunia Aromaterapi) dan memainkan peranan proaktif dalam menyediakan kualiti hidup yang lebih baik. Penubuhan kami dan penghasilan produk premium memenuhi keperluan para pengguna dan sebagai Pengedar, anda akan menjadi rakan kami untuk membantu orang lain dalam peningkatan kualiti hidupnya.

Sebagai Pengedar kami, anda adalah dijamin dengan platform yang stabil dan meningkat berterusan untuk membina kerjaya anda bersama dengan kami. Dari pelan pemasaran yang kukuh, komitmen untuk perlatihan dan peningkatan, hak untuk inisiatif seperti perkhidmatan ESTEBEL Spa dan e-dagang yang meningkatkan operasi keseluruhan; DCHL terus kekal sebagai peneraju dalam industri ini. Rancangan yang menarik sedang menunggu untuk memperluaskan tapak kami di dunia!

Perkongsian dengan DCHL akan berkuat kuasa selepas penerimaan dan kelulusan Borang Permohonan Pengedar anda serta tandatangan anda pada Kontrak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Kami percaya bahawa kerjaya anda sebagai Pengedar kami akan mendatangkan kepuasan untuk anda. Pencapaian anda adalah di dalam tangan anda sendiri. Kami percaya bahawa setiap ganjaran setimpal dengan usaha dan kebolehan setiap Pengedar. Kami menjaminkan anda bahawa Syarikat dan penaja anda akan komited untuk kejayaan anda.

 

Dengan ikhlas,

Kim Huynh

Pengerusi, DCHL