Corporate-Awards-BM

Anugerah Syarikat MLM 50 teratas di Malaysia – RZ CORPORATION SDN BHD

award4
Anugerah ini dianugerahkan kerana dipilih sebagai salah satu daripada 50-Syarikat MLM Teratas berdasarkan daripada data kewangan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). RZ Corporation Sdn Bhd dengan bangganya berada di dalam senarai 10-Syarikat MLM terbaik di Malaysia bagi tahun 2010.

Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris Award – RZ CORPORATION SDN BHD

Keris Award
Anugerah Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris diadakan di Berjaya Times Square Hotel dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Januari 2013. Anugerah ini dianjurkan oleh Asia-Pacific Excellence Entrepreneur Development Association Malaysia (Persatuan Pembangunan Kecemerlangan Usahawan Asia Pasifik Malaysia) dan ia adalah untuk mengiktiraf syarikat-syarikat cemerlang yang menjalankan perniagaan secara beretika.

Anugerah Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award ke-5 – RZ CORPORATION SDN BHD

Entrepreneur
Anugerah Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award ke-5 diadakan di Palace Of Golden Horses pada 30 Julai 2006. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Mah Siew Keong- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tahniah kepda RZ Corporation Sdn Bhd kerana memenangi anugerah ‘Excellent Brand’ pada Anugerah Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2006. Kecemerlangan jenama dari RZ Corporation tidak diragui dengan produk seperti Estebel yang mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun.

Anugerah Asia Pacific Super Excellent Brand – ESTEBEL SDN BHD

award4
Anugerah “Asia Pacific Super Excellent Brand” dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam prestasi dan citarasa seperti aspek kualiti, keselamatan, keupayaan produk dan juga proses penghasilan produk.

Anugerah Business Superbrands Malaysia – ESTEBEL SDN BHD

Superbrand msia
Anugerah “Business Superbrands Malaysia” terhasil selepas dipilih oleh jawatankuasa juri profesional dengan data dan kriteria yang ketat. Penilaian termasuk peratusan syer di pasaran, saiz syarikat, keadaan pasaran, kualiti jenama, jenama pengurusan dan sebagainya.