becomedistributor-BM

Pengedar

1.1     Keahlian terbuka kepada semua “Individu” atau “Syarikat / Perbadanan”. Permohonan boleh dibuat dengan menyerahkan borang yang telah lengkap diisi.

1.2  Permohonan perlulah ditaja oleh seorang pengedar syarikat yang berkelayakan iaitu pengedar yang telah mencapai tahap “Distributor” dan ke atas sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Pemasaran Syarikat.

1.3     Yuran perlu diserahkan sewaktu penyerahan borang permohonan. Yuran tersebut termasuk yuran tahunan dan kad ahli. (Tertakluk kepada pengumuman yuran yang dikenakan daripada syarikat)

1.4      Pendaftaran Individu

1.4.1    Individu yang berminat untuk memohon sebagai Pengedar Syarikat dihendaki memenuhi umur 18 tahun ke atas dan tidak diisytihar muflis.
1.4.2    Suami isteri dibenarkan saling menaja dan dibolehkan menjadi Pengedar yang berasingan dalam Syarikat.
1.4.3    Setiap permohonan perlu disertai dengan salinan kad pengenalan (NRIC) dan salinan muka depan buku bank atau penyata akaun bank pemohon.

Bank yang diiktiraf adalah Maybank Bhd., Public Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.

1.4.4 Permohonan pelajar mesti disertakan dengan Agreement Form (Borang Persetujuan) dan Parent/Legal Guardian Declaration Form (Borang Pengisytiharan Ibu Bapa/Penjaga Sah).

1.4.5 Parent/Legal Guardian Declaration Form (Borang Pengisytiharan Ibu Bapa/Penjaga Sah) harus ditandatangani oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan di pejabat DCHL atau dilulus oleh pesuruhjaya sumpah atau penguam sebagai pengesahan.

1.5    Pendaftaran Syarikat/Perbadanan

1.5.1    Bersama borang permohonan pengedar yang diserahkan, pemohon harus sertakan bersama:

a) Permohonan Pemilikan Tunggal/ Perkongsian
i) Salinan kad pengenalan pemohon. Salinan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) dan Butir-butir Pemilik (Borang A).

b) Permohonan Syarikat / Perbadanan
i) Salinan kad pengenalan pemohon. Salinan Sijil Penubuhan (Borang 9) dan senarai pemilikan (Borang 49)
ii) Salinan Return of Allotment of Shares (Borang 24 Akta Syarikat 1965 – Pemohon mestilah memegang sekurang-kurangnya 51% saham majoriti di dalam syarikat)

1.5.2    Individu yang bertanggungjawab menguruskan aspek-aspek pemasaran rangkaian perniagaan syarikat mestilah memegang sekurang-kurangnya 51% saham syarikat. Nama dan salinan kad pengenalan individu tersebut perlu disertakan bersama borang permohonan pengedar.

1.6  Syarikat berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.
1.7  Seorang Pengedar hanya dibenarkan memegang satu (1) keahlian di bawah nama yang sama. Jika seorang Pengedar didapati mempunyai lebih dari satu keahlian dibawah nama yang sama, syarikat akan memansuhkan salah satu daripada keahlian mereka yang dianggap patut dan perlu.

1.8   Jika terdapat sebarang kesilapan atau keraguan dalam mana-mana keahlian, syarikat mempunyai hak untuk membuat segala pengaturan semula, pemulihan atau apa-apa pembetulan yang dianggap wajar dan perlu.