1. UMUM

  1. Polisi Privasi ini (“Polisi”)dalah disediakan oleh DCHL dan syarikat-syarikat di dalam Kumpulan (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu tempatan dan juga antarabangsa), samada pada masa sekarang atau pada masa hadapan (secara kolektif, “Kumpulan”).
  2. Polisi ini berfungsi sebagai satu notis menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di Malaysia.
  3. Penggunaan laman web kami menunjukkan persetujuan anda untuk penggunaan Data Peribadi anda menurut Notis Perlindungan Data Peribadi ini.

2. PENDEDAHAN

  1. DCHL komited sepenuhnya untuk melindungi hak peribadi individu, selaras dengan Akta. “Data Peribadi” sepertimana yang dinyatakan dalam notis Perlindungan Data Peribadi berikut, merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dengan lain-lain maklumat yang dimiliki oleh DCHL seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, butir-butir perbankan, gambar dan nombor kad pengenalan.
  2. Tujuan penggunaan Data Peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:-<
      Untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda
    • Untuk memproses transaksi pembayaran anda
    • Bagi urusan-urusan pentadbiran
    • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti / acara-acara
    • Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan
    • Untuk analisis statistic
    • Untuk tujuan penjenamaan, komunikasi dan hal ehwal koprat DCHL termasuk penerbitan di dalam mana-mana bahan bercetak, laman web dan/atau media eletronik kepunyaan DCHL serta di dalam mana-mana bahan bercetak dan/atau media eletronik kepunyaan pihak-pihak luar
    • Bagi mematuhi Akta Syarikat 1965
    • Untuk tujuan tadbir urus korporat kami
      (secara kolektif, “Tujuan-Tujuan tersebut”)
  3. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada DCHL, anda telah bersetuju memberi kebenaran kepada DCHL untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang sah semasa pengumpulan Data Peribadi anda. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan Data Peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan Data Peribadi anda bagi mana-mana Tujuan tersebut di atas.

3. KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

  1. Kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi sebarang Data Peribadi yang kami terima daripada anda melalui laman web kami daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
  2. Dengan memberikan kami Data Peribadi dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau laman web kami, anda bersetuju terhadap pemindahan, penyimpanan, dan pemprosesan Data Peribadi di mana rangkaian-rangkaian kami, pusat pangkalan data dan sistem fasiliti-fasiliti adalah terletak dan/atau beroperasi, yang mungkin berada di luar negara domisil anda atau lokasi di mana anda mengakses laman web kami bagi untuk memberikan Data Peribadi.
  3. Walaubagaimanapun disebabkan laman web tersebut adalah berhubungkait dengan internet, dan internet adalah sememangnya tidak selamat, kami tidak boleh memberikan sebarang jaminan mengenai keselamatan pemindahan maklumat yang anda maklumkan kepada kami dan anda berbuat demikian di atas risiko anda sendiri.
  4. Laman web kami mungkin mengandungi rangkaian-rangkaian kepada laman-laman web yang dioperasikan oleh pihak-pihak ketiga (“Laman Web Pihak-pihak Ketiga”). Kami adalah tidak bertanggungjawab terhadap amalan-amalan privasi atau kandungan Laman Web Pihak-pihak Ketiga. Laman Web Pihak-pihak Ketiga adalah bertanggungjawab bagi memaklumkan kepada anda mengenai amalan-amalan privasi mereka sendiri.
  5. Sebarang Data Peribadi yang dikekalkan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar pengekalan jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.

4. AKSES DAN PEMBETULAN

  1. Anda boleh memohon akses terhadap sebarang Data Peribadi yang kami pegang mengenai anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami (sila lihat butir-butir di bawah).
  2. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, DCHL dan/atau Kumpulan dan/atau pekerjanya atau pengawai yang diberi kuasa tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang Data Peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemaskini.
  3. Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda akan Data Peribadi anda yang dipegang oleh DCHL, sila maklumkan kepada jabatan perkhidmatan pelanggan kami dengan segera secara bertulis bagi membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melaksanakan keinginan anda berkaitan dengan Data Peribadi anda:

Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
Lot 1-01, Level 1 Menara HLA
No.3 Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2162 9068
No. Fax: 03-2162 9193

Sekiranya Notis Perlindungan Data Peribadi ini terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, terma-terma versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.